Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa)

Pengenalan

Industri sawit telah dikenal pasti sebagai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang boleh meningkatkan pendapatan Negara menjelang tahun 2020. Kerajaan sedang berusaha untuk memperkukuhkan lagi industri sawit negara dalam sektor pekebun kecil. Selaras dengan itu, kerajaan menerusi MPOB telah memperkenalkan Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11). Ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian melalui penggunaan tanah dan sumber semula jadi yang optimum.

 

Objektif

  • Menggalakkan pekebun kecil sawit persendirian melaksanakan integrasi tanaman dengan sawit bagi memaksimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan produktiviti ladang melalui penghasilan bahan makanan.
  • Menjana pendapatan tambahan kepada pekebun kecil sawit persendirian khususnya ketika sawit di peringkat pra-matang.
  • Meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara.

 

 

 

 

 

 

 

Pegawai

No. Nama Pegawai
1. Hj. Rosli Johan
2. Mohd Ridzuan Sohimi
3. Mohd Asyraf Hazahan