Ahli Kelab 30 Tan

Pengenalan

  • Idea untuk menubuhkan Kelab 30 Tan telah mula tercetus pada penghujung tahun 2001 oleh pihak pengurusan tertinggi MPOB. Idea ini telah dilaksanakan pada tahun 2002 dan telah merekodkan keahlian seramai 75 orang pada tahun tersebut. Pekebun kecil persendirian yang berjaya mencapai hasil BTS yang tinggi melebihi 30 tan/ha/tahun telah disenaraikan sebagai ahli.
  • Pada tahun 2016, bilangan ahli Kelab 30 Tan telah mencecah seramai 1113 orang. Kini, Kelab 30 Tan telah mula dikenali ramai. Kebanyakan ahlinya diiktiraf sebagai Peladang Jaya sama ada di peringkat MPOB mahupun di peringkat Kebangsaan. Secara tidak langsung ahli Kelab 30 Tan telah menjadi role modelĀ untuk pekebun kecil sawit yang lain untuk terus memajukan diri dan meningkatkan produktiviti sawit mereka.

 

Objektif

  • Ini adalah bertujuan untuk memberi dorongan dan motivasi kepada pekebun kecil tersebut untuk mencapai hasil yang lebih tinggi pad masa hadapan.
  • Untuk membentuk kumpulan pekebun kecil persendirian yang cemerlang, berpengalaman, berdaya saing, progresif dan dinamik melalui pakej pemindahan teknologi yang terancang serta mendorong dan membimbing pekebun kecil persendirian yang lain supaya lebih bersemangat untuk berjaya.

 

Faedah yang Diterima Ahli

  • Pemberian sijil penghargaan dan lencana Kelab 30 Tan sebagai pengiktirafan oleh MPOB.
  • Khidmat nasihat secara berkala oleh pegawai TUNAS MPOB.
  • Ganjaran honorarium dan saguhati sekiranya dipilih oleh MPOB untuk menyampaikan ceramah teknikal kepada kumpulan pekebun kecil sawit persendirian yang lain.
  • Diberi keutamaan untuk mengikuti aktivit anjuran MPOB seperti mengikuti seminar, persidangan, kursus,bengkel dan lain-lain.
  • Berpeluang mengikuti program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh MPOB bagi meningkatkan pengetahuan mengenai teknologi baru berkaitan sawit.
  • Berpeluang mendapat anugerah pekebun kecil cemerlang dalam program anjuran kementerian atau agensi.

 

Pegawai

No. Nama Pegawai
1. Tan Say Peng
2. Amir Razali