Objektif

  • Untuk menggunakan jenis ternakan yang sesuai sebagai ejen kawalan rumpai biologi di ladang sawit bagi mengurangkan penggunaan racun kimia dan kebergantungan kepada tenaga buruh untuk kerja-kerja kawalan rumpai. Dalam masa yang sama, kaedah kawalan rumpai ini dapat mengurangkan kos kawalan rumpai di samping menjana pendapatan tambahan daripada hasil ternakan serta memanfaatkan sisa ternakan untuk kesuburan tanah di ladang sawit.