Pengenalan
- Sesi ceramah teknikal dan pertunjukan kaedah dapat memberikan pengetahuan dan kefahaman tentang sawit kepada pekebun.
- Lawatan khidmat nasihat individu (LKN) adalah untuk memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada pekebun kecil untuk mengatasi masalah di kebun sawit.
- Plot demonstrasi dan model kebun dan menjadi kebun contoh kepada pekebun lain untuk tujuan penambahan ilmu.
- Kursus sehari sawit untuk pekebun kecil/agen pengembangan -melibatkan sesi ceramah dan praktikal lawatan ke kebun sawit.
- Program sehari sawit ahli kelab 30 tan bertujuan melibatkan pekebun kecil dan ahli dan kelab 30 tan untuk menyuntik semangat kepada pekebun lain untuk teruskan usaha meningkatkan produktiviti sawit.
- Program pemimpin bersama pekebun kecil – program yang melibatkan menteri atau pemimpin bersama-sama pekebun kecil dan usahawan.
- Lawatan sambil belajar pekebun kecil adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pekebun kecil berkenaan amalan pertanian baik dan pengurusan sawit.
- Program roadshow skim bantuan adalah bertujuan untuk mempromosikan skim bantuan yang disediakan oleh MPOB.
Pegawai
No. | Pegawai |
1. | Nur Hana Basaruddin |
2. | Siti Rashidah Abd. Razak |
3. | Akmalunisa Lilah |