Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe)

Pengenalan

Industri sawit telah dikenal pasti sebagai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang boleh meningkatkan pendapatan Negara menjelang tahun 2020. Kerajaan sedang berusaha untuk memperkukuhkan lagi industri sawit Negara dalam sektor pekebun kecil. Selaras dengan itu, kerajaan menerusi MPOB telah memperkenalkan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11). Ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian melalui penggunaan tanah dan sumber semula jadi yang optimum.

 

Objektif

  • Mengoptimumkan penngunaan tanah dan memanfaatkan seumber semula jadi yang terdapat di ladang sawit untuk pemeliharaan ternakan.
  • Menjana sumber pendapatan tambahan kepada pekebun kecil sawit persendirian.
  • Melahirkan usahawan tani di kalangan pekebun kecil sawir persendirian.
  • Melahirkan usahawan tani di kalangan pekebun kecil sawit persendirian.

 

 

Pegawai

No. Nama Pegawai
1. Hj. Rosli Johan
2. Mohd Haidhar Abdul Hamid
3. Muhammad Abdul Firdaus Ramoan
4. Raja Ismail Putra Raja Abdullah
5. Amir Azzam Rushdi