Pengenalan PIU

Pada tahun 2006, terdapat pertambahan fungsi dan perluasan bidang tugas dimana Kumpulan Perundingan dan Integrasi projek telah diwujudkan di bawah Unit Pembangunan Pekebun Kecil dan Pemindahan Teknologi (UPPK&PT) di bawah Bahagian Biologi. Tujuan penubuhan unit ini adalah untuk melaksanakan program peningkatan pendapatan pekebun kecil di bawah Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMKe-9). Terdapat 2 skim bantuan yang telah dilancarkan pada masa itu, iaitu Skim Bantuan Anak Benih Sawit Berkualiti (SBABB) dan Insentif Integrasi Tanaman dan Ternakan dengan sawit. Pada tahun 2007, UPPK&PT telah dinaik taraf sebagai Bahagian Penyelidikan Integrasi & Pengembangan (IRED). PIU merupakan salah satu unit di bawah IRED dan telah mendapat peruntukan di bawha RMKe-10 untuk melaksanakan Skim Bantuan Tanam Semula Sawit (TSSPK) dan Tanaman Baru Sawit (TBSPK) pada tahun 2011 sehingga kini.

Visi

Memperkasa pekebun kecil melalui penyaluran insentif kerajaan yang berkesan bagi pembangunan kawasan sawit secara optimum.

Misi

Menguruskan permohonan, kelulusan dan penyaluran insentif kerajaan untuk pembangunan pekebun kecil sawit secara cekap, efisien, berintegriti, mengikut masa yang diperlukan dengan kualiti yang terjamin.