Pensijilan Mampan Kebun Pekebun Kecil

Objektif Pensijilan Amalan Pertanian Baik (GAP) MPOB

  • Untuk memastikan kebun-kebun pekebun kecil diurus mengikut piawaian yang disyorkan oleh MPOB bagi pengeluaran hasil yang optimum dan berkualiti. Selain itu, pensijilan ini juga bertujuan untuk memastikan pekebun kecil mencapai hasil buah tandan segar (BTS) yang tinggi bagi mencapai purata hasil kebangsaan untuk pekebun kecil persendirian. Terdapat 27 kriteria yang dinilai untuk setiap kebu. Sekiranya kebun yang dinilai ini berjaya mengamalkan kesemua 27 amalan GAP, maka kebun tersebut akan diberikan sijil GAP MPOB.
  • Lawatan Pensijilan GAP MPOB pula bertujuan untuk menilai amalan GAP di kebun-kebun pekebun kecil. Terdapat 27 kriteria yang dinilai untuk setiap kebun. Sekiranya kebun yang dinilai ini berjaya mengamalkan kesemua 27 amalan GAP, maka kebun tersebut akan diberikan sijil GAP MPOB.

 

Objektif Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO)

  • Memberi pendedahan tentang prosedur serta kriteria yang terdapat dalam piawaian MSPO untuk pekebun kecil ke arah pelaksanaan pensijilan MSPO. Selain itu, pensijilan ini juga adalah untuk menyampaikan keperluan perundangan dari aspek penjagaan alam sekitar, pemuliharaan hidupan liar, kebajikan dan keselamatan pekerjaan. Seterusnya untuk memindahkan maklumat sawit terkini MPOB serta amalan pertanian baik kepada pekebun kecil.

 

 

 

 

 

 

Pegawai

No. Nama Pegawai
1. Tan Say Peng
2. Che Nurul Syuhadah Che Kamarudin