Pengenalan
- KPSM merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi pekebun kecil sawit persendirian. Penubuhan KPSM telah mula dilaksanakan pada 2010 dan mematuhi prosedur Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Objektif
- Menyatukan dan memperkasakan pekebun kecil sawit persendirian di bawah koperasi.
- Menjalankan aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil.
- Mengeluarkan sawit secara mampan melalui amalan pertanian baik dan pensijilan MSPO.
Aktiviti KPSM
- Taklimat, promosi dan penubuhan KPSM.
- Mesyuarat Agong Tahunan.
- Perasmian pusat timbang.
- Kursus koperasi dan penggredan.
Aktiviti Perniagaan
- Pemasaran buah tandan segar (BTS)
- Penjualan input pertanian seperti baja.
- Pengangkutan.



Pegawai
No. | Nama Pegawai |
1. | Aki @ Zaki Aman (Dr.) |
2. | Nazirah Che Jaafar |
3. | Mohamad Anuar Marjan |
4. | Muhammad Rais Rohaizad Razalli |
5. | Nurul Fazira Mohd. Isha |
6. | Noranasihah Maliki |