Pengenalan ESU

  • Pekebun kecil sawit persendirian ditakrifkan sebagai individu yang memiliki tanah yang ditanam dengan sawit pada keluasan kurang daripada 40.46 ha atau 100 ekar.
  • Bahagian Penyelidikan Integrasi dan Pengembangan (IRED) khususnya Unit Khidmat Pengembangan, telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pemindahan teknologi kepada golongan sasar iaitu pekebun kecil sawit persendirian.
  • Sehingga 31 Disember 2016. terdapat seramai 230,928 pekebun kecil dengan keluasan 917,966 hektar telah didaftarkan dengan MPOB.
  • Pegawai TUNAS dilantik sebagai  agen pemindahan teknologi di kawasan selian mereka.

Visi

      • Membangunkan pekebun kecil persendirian sawit yang dinamik dan progresif serta meningkatkan produktiviti industri sawit ke arah Misi 35:25 menjelang 2020.

Misi

    • Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pekebun kecil berkenaan kepentingan kemahiran dan perubahan sikap untuk meningkatkan produktiviti melalui khidmat pengembangan yang cekap dan terancang.