Skim Diskaun Cantas (SKIDIC)

Pengenalan

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memperkenalkan pemotong sawit bermotor dikenali sebagai CANTAS yang digunakan untuk menuai tandan sawit dan memotong pelepah sawit dan terbukti amat berkesan meningkatkan keberkesanan penuaian. Teknologi ini telah dipatenkan di Malaysia  (MY-127947-A & MY 06-01022), Indonesia, Thailand, Brazil, Colombia dan Costa Rica.

 

Objektif

  • Bagi mengalakkan penggunaan CANTAS dikalangan pekebun kecil sawit, Skim Diskaun Cantas (SKIDIC) telah disediakan bernilai RM1000 bagi setiap unit CANTAS yang dibeli.
  • Memberi keutamaan dan mengalakkan pekebun kecil, kontraktor atau individu yang mengambil upah menuai di ladang pekebun kecil sawit untuk memohon bagi mendapatkan bantuan di bawah skim ini.

 

Pegawai

No. Nama Pegawai
1. Mohd Noor Izuddin Zanal Bidin
2. Sheilyza Mohd Ishak
3. Siti Zulaikha Md Zali