Pengenalan

Harga minyak sawit di pasaran antarabangsa lazimnya ditentukan oleh permintaan dan penawaran sebagaimana komoditi lain seperti getah, bijih timah dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, tekanan terhadap harga sawit adakalanya dipengaruhi oleh sentimen seumpama ini kurang mendapat perhatian di kalangan penanam sawit. Golongan yang teruk terjejas akibat penurunan mendadak harga sawit adalah pekebun kecil kerana kelompok ini mempunyai pegangan tanah yang amat terhad (purata 3.9 hektar).

Sehubungan dengan itu, MPOB telah giat menjalankan aktiviti penyelidikan integrasi ternakan dengan sawit sejak tahun 1998. Usaha ini adalah bagi menjana sumber pendapatan baru, mengoptimakan guna tanah dan mengamalkan kawalan rumpai melalui pendekatan pengurusan rumpai berintegrasi (IPM).

Hasil kajian mendapati integrasi ternakan dengan sawit adalah berdaya maju (dari segi teknikal dan ekonomi) jika dilaksanakan secara sistematik. Disamping itu, aktiviti ini juga boleh menyumbang kepada pengurangan kos produksi terutamanya melibatkan kos kawalan rumpai. Dapatan kajian terbaru pula mendapati aktiviti integrasi ternakan juga dapat menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar melalui peningkatan biodiversiti.