Aktiviti ini dilaksanakan oleh Pegawai TUNAS Kawasan (PTK) di peringkat lapangan dengan melakukan lawatan kebun milik pekebun kecil persendirian yang terlibat dengan skim bantuan MPOB seperti Tanaman Semula Kelapa Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) dan juga Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK).
Objektif
Membuat penilaian terhadap prestasi pertumbuhan pokok sawit melalui kaedah pengukuran tampang.
Mewujudkansatu standard pengukuran tampang pokok sawit mengikut umur pokok.
Mewujudkan dan menyimpan data mengenai pengukuran tampang pokok sawit yang dilaksanakan oleh pekebun kecil yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan di masa hadapan.