Pemindahan Teknologi dan Produktiviti Pekebun Kecil Persendirian Sawit di Teluk Intan, Perak

Industri sawit yang dimajukan sejak empat dekad lalu telah menjadi penyumbang utama sektor pertanian dan kesejahteraan rakyat negara. Sebagai usaha untuk meningkatkan penjanaan pendapatan eksport negara, maka produktiviti pekebun kecil sawit persendirian perlu ditingkatkan. Jesteru itu, pekebun kecil sawit perlu mengubah amalan pertanian mereka kepada yang lebih produktif dan berpendapatan tinggi. Maka pusat TUNAS diberi tanggungjawab menerapkan amalan pertanian terbaik kepada pekebun kecil. Kajian ini menilai sejauh mana TUNAS berupaya memindahkan teknologi dan memberikan impak produktiviti pekebun kecil dengan menggunakan borang kaji selidik.