PROSIDING ORAL PKPKS 2016

Penglibatan pekebun kecil persendirian sangat signifikan dalam pembangunan industri sawit di Malaysia. Walau bagaimanapun, pencapaian kumpulan sasaran ini bagaimanapun pada masa ini didapati masih rendah dan memerlukan lebih bimbingan dan banyak sokongan. Isu-isu seperti tanaman tidak produktif, luas kebun yang kecil, kekurangan modal, tidak mempraktikkan amalan pertanian baik, dan lain-lain lagi mengurangkan keupayaan mereka untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan industri sawit negara. Kumpulan ini perlu ditransformasikan bagi meningkatkan keupayaan dan produktiviti mereka agar seiring dengan sektor perladangan dalam meningkatkan produktiviti sawit negara. Semua pihak termasuklah Kerajaan, sektor swasta, badan bukan Kerajaan atau pekebun kecil itu sendiri perlu memberi sepenuh komitmen masing-masing dalam memastikan usaha transformasi yang dirancang ini berjaya.